Raikan Keindahan Syawal dengan menjadi tetamu Allah di Tanah Suci
Bulan Syawal adalah masa terbaik untuk menyambung momentum Ramadan, memohon keampunan, dan mengisi jiwa dengan keberkatan.
Bayangkan kita berjalan menuju Masjidilharam, hanya beberapa langkah dari hotel. Dengan suasana tenang, hati anda penuh rasa syukur, dan semua keperluan dijaga oleh pasukan yang berdedikasi. Ini adalah pengalaman yang kami tawarkan kepada anda dalam Pakej Umrah Syawal 2025.

Kenapa Pilih Kami?
Lokasi Hotel Strategik
Pilihan Hotel Jarak Dekat
Hanya 50m dari Masjidilharam, bayangkan betapa mudahnya untuk ke masjid. Anda boleh berehat di bilik selepas solat tanpa perlu berjalan jauh.
Pilihan Hotel Jarak Sederhana
Hanya 300m dari Masjidilharam, penginapan selesa dengan harga yang lebih mampu milik. Berbaloi untuk anda yang ingin berjimat tetapi tetap inginkan keselesaan. Isikan dengan pengalaman indah, wirid dan zikir, memuji Allah SWT sepanjang perjalanan ke Masjid atau ketika pulang ke bilik hotel.
Perjalanan yang Mudah dan Cepat
Pakej ini termasuk Speed Train ke Madinah; Perjalanan lebih selesa, dan jimat 3 jam berbanding bas.
Layanan Seperti Keluarga
Kami menjaga jemaah seperti keluarga sendiri. Dari taklimat sebelum berangkat hingga kepulangan, mutawwif kami akan memastikan setiap langkah perjalanan anda lancar dan teratur.
Kumpulan kecil memberikan pengalaman yang lebih personal. Malah, pemilik syarikat sendiri akan bersama untuk menyelesaikan sebarang masalah, jika ada.
Kemudahan Lengkap
- Kursus Umrah sebelum berangkat.
- 3 kali bimbingan Umrah bersama mutawwif berpengalaman.
- 3 kali ziarah komprehensif di Mekah & Madinah.
- Visa Umrah
- Bagasi percuma

Kelebihan Eksklusif Pakej Kami
Hotel Jarak Dekat – RM7,490
Susah nak dapat harga murah macam ni untuk hotel yang begitu dekat. Tak penat, terus boleh beribadah dengan tenang.
Hotel Jarak Sederhana – RM5,990
Penginapan yang selesa dengan harga berpatutan. Dapat jimat tanpa mengorbankan kualiti.
Al Jawhar bukan sekadar travel agency, tetapi sahabat perjalanan anda menuju Tanah Suci. Kami memastikan perjalanan anda bebas dari kebimbangan dan dipenuhi keberkatan.
Apa Kata Pelanggan Kami?



Apa yang Anda Akan Dapat?
- Tarikh Penerbangan 15-25 April 2025 (11 Hari 10 Malam)
- Penerbangan dengan Emirates atau setaraf
- Penginapan di hotel pilihan (50m atau 300m dari Masjidilharam)
- Pilihan bilik (berdua, bertiga, atau berempat)
- Visa Umrah
- Set bagasi lengkap untuk kemudahan perjalanan
- Bimbingan Mutawwif 3 kali bersama anda dari umrah pertama hingga akhir
- Ziarah komprehensif ke Mekah dan Madinah
- Speed Train untuk perjalanan pantas Mekah/Madinah
- Ziarah ke Taif percuma (mengikut kelulusan Muassasah)
Dari Malaysia ke Tanah Suci, kami ada bersama anda setiap langkah.

Tempah Tempat Anda Hari Ini!
Hanya beberapa langkah mudah untuk menempah tempat anda:
- Isi borang pendaftaran.
- Pasukan kami akan hubungi anda segera.
- Sertai kursus Umrah dan bersedia untuk pengalaman rohani yang bermakna.
Jangan Tunggu Lagi!
Dengan tempat yang terhad dan permintaan tinggi, ini adalah masa terbaik untuk membuat keputusan. Klik butang di bawah untuk menempah tempat anda sekarang!
Hubungi Kami
📱 WhatsApp: 601123321710
📍 Lokasi: Al Jawhar Travel & Tours, Rawang
Atau isikan borang di bawah. Kami akan hubungi anda dengan segera.
Rebut peluang ini untuk meraih pengalaman Umrah yang tidak akan dilupakan. Kami bersama anda dari awal hingga akhir, insya Allah. Jangan biarkan rindu anda tertangguh lagi!